Penentangan terhadap Islam peringkat awal.

1. Cara penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahyang (meletakkan benda kotor di tengkuk nabi), mencemuh dan ingin membunuh nabi.

2. Faktor penentangan kerana perbezaan kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan Quraisy (menyembah patung).

3. Islam ditentang kerana pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan perbezaan darjat, konsep persaudaraan dan assabiah, amalan keji seperti mencuri dikeji Islam tetapi diterima Quraisy.

4. Quraisy menanggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa politik akan terganggu.

5. Dari segi ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung.

6. Penentangan juga dilakukan melalui syair Quraisy.

7. Quraisy juga merasuah nabi dengan wanita cantik, kedudukan dan harta tetapi ditolak baginda.

8. Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib.

9. Nabi juga dibantu oleh wanita seperti Khadijah, Aisyah, Ummu Salamah dalam menghadapi cabaran sama ada di Makkah mahupun di Madinah.

No comments:

Post a Comment