Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.

1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).

2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.

3. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.

4. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibunya ialah Aminah bt. Wahab.

5. Nbi dilahirkan pada tahun 570 M (Tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji.

6. Bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan

7. Nabi menyusu dengan Halimatus Sa’diyah.

8. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh datuk saudaranya Abu Talib.

9. Pengalaman hidup – mengembala kambing bapa saudaranya, berniaga di Syam ( usia 12 tahun ).

10. Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah.

11. Kemudiannya baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama – sama Maisarah ( hamba Khadijah ). Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

1. Empat sifat terpuji nabi ialah:

- Siddiq ( berkata benar )

- Amanah ( dipercayai )

- Tabliq ( menyampaikan )

- Fatanah (bijaksana)

2. Nabi digelar al – Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.

3. Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi.

4. Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan batu Hajar Aswad.

5. Nabi ketua keluarga contoh – membantu isteri memasak, menampal kain koyak, melayan anak.

6. Anak diberi pendidikan agama dan nabi menjadi teladan kepada anak – anak.

7. Baginda merendah diri – bergaul dengan orang kaya, miskin, tua, kanak – kanak.

8. Sifat pemaaf – contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah.

9. Sifat bijaksana – Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam.

10. Bertahannuth (mengasingkan diri beribadat ) – di Gua Hirak.

11. Baginda sabar dan tabah mendaki Gua Hirak, di Bukit Nur.

12. Pada tahun 610 M menerima wahyu pertama.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

1. Wahyu pertama – surah al – Alaq 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam membaca. Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.

2. Wahyu kedua – surah al – Muddasir ayat 1 – 7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

3. Selepas itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya.

4. Perkara utama yang ditekankan ketika ini ialah akidah.

Cara penyebaran Islam di Makkah.

1. Pada mula secara rahsia selama 3 tahun – ditujukan pada ahli keluarga nabi, para sahabat, dan kaum kerabat.

2. Secara terbuka selama 10 tahun – cara terang – terangan selepas menerima perintah Allah.

3. Pengislaman secara rahsia

- Khadijah bt Khuwailid ( isteri )

-Ali b. Abu Talib ( 10 tahun – sepupu )

-Abu Bakar al – Siddiq ( sahabat baginda )

4. Baginda mengislamkan

- Uthman b. Affan

-al – Arqam b. Abu Arqam ( menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam di Makkah ).

5. Pengislaman secara terbuka

- keluarga Abdul Muttalib

6. Baginda mengadakan ceramah di rumah Ali bin Abu Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab ( bapa saudara nabi ).

Penerimaan terhadap Islam peringkat awal.

1. Ahli keluarga menerima secara rahsia (jumlahnya kecil).

2. Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam seperti Bilal b. Rabah, keluarga Yassir.

3. Mereka diseksa – Bilal dijerut lehernya oleh tuannya, Yassir dan isterinya dijemur di padang pasir hingga mati syahid.

4. Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah dan lemah – lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam.

5. Nabi menanamkan iman yang kuat, harta bukan ukuran tetapi kesabaran dan pengorbanan yang diutamakan.

6. Nabi menunjukkan teladan positif – berakhlak mulia, kuat mental, fizikal, rohani dalam mencari kejayaan.